2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

JSPT, JPJ DAN VTREC BERSAMA DALAM ‘VTREC FB LIVE’ BAGI KESEDARAN ELAK KECURIAN KENDERAAN DAN ELAK KEMALANGAN JALAN RAYA

Kiri: Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi, Eksekutif, Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC), YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa, Ketua Penolong Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), YBrs Tuan Norazman Nordin, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan (Dasar), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC)

 

Kuala Lumpur, 24 Mei 2024: Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) berkoloberasi bagi membincang kecurian kenderaan yang berkaitan kemalangan jalan raya yang bertajuk ‘Elak Kecurian Kenderaan dan Elak Kemalangan Jalan Raya’. Sesi FB Live yang berdurasi hanya 30 minit ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepentingan untuk mematuhi peraturan jalan raya dan kepentingan POBC (Perception of Being Caught) dalam mengurangkan kadar kecurian kenderaan dan kemalangan jalan raya.

 

Banner digital rasmi bagi sesi ‘VTREC FB Live’ yang telah berlangsung pada Jumaat, 24 Mei 2024

 

Para penelis serta Moderator membuat persediaan bagi kelancaran sesi VTREC FB Live.  Ianya telah dimulakan dengan YDH Tuan Shankar Sanrakasa, Ketua Penolong Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur

 

‘VTREC FB Live’ ini dihoskan oleh pihak VTREC, sesi diadakan dalam talian melalui aplikasi Facebook Live untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan untuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya di Malaysia seperti memandu dengan had laju yang ditetapkan, pemakaian tali pinggang keledar, pemakaian topi keledar dan kadar maksima alkohol dalam badan. Selain daripada itu, tujuan sesi ini adalah untuk memberi pendedahan terkini berkenaan kecurian kenderaan dan kemalangan jalan raya di Malaysia.

 

Ahli panel dibarisi oleh pakar yang berpengalaman dalam hal berkaitan kecurian kenderaan atau kemalangan jalan raya. Panelis yang pertama YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa, Ketua Penolong Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman. Panelis yang kedua YBrs Tuan Norazman Nordin, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan (Dasar), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Panelis yang terakhir iaitu YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC). Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi, Eksekutif VTREC berperanan sebagai Moderator bagi sesi ‘VTREC FB Live’ membuka sesi dengan menyampaikan mukadimah dan memperkenalkan barisan panelis kepada peserta yang menonton.

 

 Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi sebagai Moderator memimpin perjalanan bagi sesi ‘VTREC FB Live’

 

Bagi meneruskan acara, Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi mengemukakan soalan kepada panel yang pertama iaitu YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa, Ketua Penolong Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman. Soalannya  adakah POBC (Perception of Being Caught) masih relevan memandangkan ramai yang sengaja melanggar lampur merah, membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya atau memandu/menunggang melawan arus dan berapa banyakkah bilangan motorsikal yang dilanggar oleh kenderaan lain pada tahun 2022 dan 2023?

 

YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa menjelaskan POBC adalah merujuk kepada perasaan risiko terperangkap oleh penguatkuasaan lalu lintas yang dirasakan oleh pemandu semasa memandu di jalan raya. Nyata beliau, POBC masih relavan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya kerana pengguna akan merasakan diri mereka diperhati dan akan menggelakkan dari melanggar peraturan jalan raya. Tambah beliau, pihak JSPT akan selalu meningkatkan POBC terutamanya ketika Ops Selamat (Ops Sikap) bagi memastikan keselamatan di semua jalan raya di Malaysia semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.

 

Berdasarkan kajian daripada Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), kajian berkenaan keberkesanan POBC dari tahun 2008 hingga 2015 dibuat dan hasilnya membuktikan POBC adalah sangat relevan bagi memastikan keselamatan di semua jalan raya di Malaysia. Nyata beliau yang sehingga sekarang POBC adalah sangat relavan bagi memastikan keselamatan jalan raya dan pengguna untuk mematuhi peraturan.

 

YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa, Ketua Penolong Pengarah Siasatan / Perundangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman menerangkan adakah POBC (Perception of Being Caught) masih relevan bagi penurunan kadar kemalangan jalan raya

 

YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa berkongsikan jumlah kemalangan jalan raya tahun 2023 adalah 96,900 kes, manakala jumlah kemalangan jalan raya bagi tahun 2022 adalah 76,242 kes. Perbezaan sebanyak 20,658 iaitu peningkatan 26%. Dari sudut lain, purata kemalangan jalan raya bagi tahun 2023 adalah 1,644 kes sehari yang mana 17 kes kemalangan maut yang membawa 18 kematian sehari.  Jelas beliau yang kecuaian pemandu itu sendiri adalah faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

 

Berdasarkan statistik 2023, lebih 60% adalah melibatkan motosikal. Dengan demikian, pesanan beliau kepada pengguna motosikal untuk cakna dan ambil berat peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan ketika menunggang.

 

YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa, Ketua Penolong Pengarah Siasatan / Perundangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman berkongsikan berapa banyakkah bilangan motorsikal yang dilanggar oleh kenderaan lain pada tahun 2022 dan 2023

 

Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi mengemukakan soalan kepada panel yang kedua iaitu YBrs Tuan Norazman Nordin, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan (Dasar), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Soalannya apakah 6 kesalahan jalan raya yang dianggap sangat serius dan adakah benar stigma yang mengatakan angka motorsikal terlibat kemalangan jalanraya adalah kerana kesalahan penunggang motorsikal itu sendiri atau sebenarnya penunggang motorsikal kebanyakkannya dilanggar oleh kenderaan lain?

YBrs Tuan Norazman Nordin, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan (Dasar), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menjawab soalan berkenaan 6 kesalahan jalan raya yang dianggap sangat serius

 

Berdasarkan Seksyen 2, kesalahan berjadual yang merupakan senarai kesalahan yang telah ditetapkan di dalam kaedah-kaedah pengangkutan jalan (mata demerit) 2017 yang mana menyenaraikan kesalahan dan jumlah mata yang akan diberikan kepada pemandu. Nyata beliau, 7 kesalahan utama yang dianggap punca berlaku kemalangan jalan raya adalah memandu lebih had laju, melanggar isyarat merah, penggunaan telefon bimbit, memotong di garisan berkembar, penggunaan lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang keledar dan memotong barisan. Apabila pemandu mencecah 20 mata demerit, lesen memandu akan digantung selama 8 bulan. Jelas beliau yang kepentingan bagi memahami 7 kesalahan utama adalah perlu dihtekankan bagi menggelakkan kemalangan jalan raya.

 

Selain daripada itu, YBrs Tuan Norazman Nordin juga menitik beratkan kesalahan lebih muatan. Apabila sesuatu kenderaan komersial melebihi muatan maksimum sudah ditetapkan ia menyebabkan kegagalan membrek terutamanya ketika menurun bukit. Beliau menjelaskan sistem brek akan mengalami kepanasan kerana pembrekan secara berlebihan oleh kerena lebih muatan menyebabkan brek gagal berfungsi. Tegas beliau, kompaun RM300.00 akan dikenakan jika didapati bersalah dalam membawa lebih muatan.

 

YBrs Tuan Norazman Nordin, Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan (Dasar), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menjawab soalan berkenaan stigma yang mengatakan angka motorsikal terlibat kemalangan jalanraya adalah kerana kesalahan penunggang motorsikal itu sendiri

 

Di Malaysia, kebanyakan masyarakat lebih gemar untuk menggunakan motorsikal. Secara langsung, setiap penunggang motosikal wajib mendapatkan lesen kenderaan bagi membawa kenderaan secara sah kerana ia adalah satu bukti bahawa lulus ujian untuk memandu dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan insurans bagi menampung kerugian atau kerosakan kenderaan anda akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran.

 

Merujuk kepada statistik kemalangan jalan raya pada 2023, YBrs Tuan Norazman Nordin bersetuju dengan YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa yang kecuaian seperti lebih had laju, melanggar isyarat merah dan memotong garisan berkembar adalah faktor utama dalam kemalangan jalan raya. Tambah beliau, modifikasi berlebihan yang menyebabkan perubahan fisikal pada kenderaan dan kekurangan kemahiran mengendali kenderaan menyumbang kemalangan jalan raya.

 

Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi mengemukakan soalan kepada YBrs Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia. Soalannya, bagaimana pandangan pihak VTREC berkenaan kecurian kenderaan di Malaysia

 

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) memberikan pandangan berkenaan kes kecurian kenderaan di Malaysia

 

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid menjawab secara keseluruhan, kes kecurian kenderaan di Malaysia mengalami penurunan yang baik. Menurut Insurance Service Malaysia (ISM), kecurian kenderaan bagi tahun 2023 adalah 3,509 kes manakala pada 2022 adalah 3,612 kes yang mana penurunan 3%. Jika dibandingkan pada tahun 2013, sebanyak 38,500 kes kecurian kenderaan yang mana secara faktanya setiap 15 minit sebuah kenderaan akan dicuri. Jika dibandingkan kecurian kenderaan bagi tahun 2013 hingga 2023 penurunan drastik sebanyak 91% diperoleh. YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid percaya yang POBC bagi mengurangkan kemalangan jalan raya juga telah diaplikasikan bagi mengurangkan kecurian kenderaan kerana ‘omni presense’ dari agensi-agensi penguatkuasa menyebabkan penjenayah merasakan mereka diperhati dan kerisauan untuk melakukan jenayah curi kenderaan. Beliau juga mengambil peluang untuk berterima-kasih kepada semua agensi-agensi penguatkuasa kerajaan yang secara langsung dan tidak langsung bertungkus lumus tanpa mengira waktu bagi mengurangkan jenayah kecurian kenderaan dan semoga usaha sama ini boleh dikekalkan.

 

Sesi ‘VTREC FB Live’ mengalu-alukan soalan daripada para peserta, ahli panel mengambil soalan daripada ruangan komen. Soalan berkenaan faktor terbesar kemalangan jalan raya selain ketidakpatuhan peraturan jalan raya diajukan kepada YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa. Selain daripada ketidak patuhan peraturan jalan raya, kecuaian pemandu adalah faktor utama kerana asbab tidak cukup tidur atau letih menyebabkan tidak fokus dan kecendurungan untuk melanggar peraturan jalan raya.

 

Soalan kedua dari ruangan komen adakah perlu kita menambahbaik dan kemaskini kokurikulum sekolah memandu untuk kita tingkatkan pengetahuan berkenaan undang-undang jalan raya dan seterusnya memberikan kesan yang positif dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dijawab oleh YBrs Tuan Norazman Nordin. Dalam kelas kurikulum sekolah memandu telah diajar teori memandu dengan selamat selama 6 jam. Jika dihayati dan difahami teori memandu dengan selamat, penambahbaik dan kemaskini kokurikulum sekolah memandu adalah tidak diperlukan. Tambah beliau, sihat tubuh badan adalah antara aspek memandu dengan selamat yang mana teori 8 jam untuk bekerja, 8 untuk berehat dan 8 jam bersama keluarga atau beriadah. Kemalangan jalan raya mungkin berlaku kerana tidak cukup rehat yang menganggu pemanduan. Seterusnya, bagi teori ‘Define, Analyst, Decide dan Act’ (DADA) diajar dalam kokurikulum sekolah memandu bagi pemanduan berhemah.

 

Sesi VTREC FB Live ini disempurnakan dengan ucapan ringkas daripada Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan badan kita dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kecuaian dan melakukan 7 kesalahan utama yang dianggap punca berlaku kemalangan jalan raya seperti memandu lebih had laju, melanggar isyarat lampu merah, penggunaan telefon bimbit dan memotong di garisan berkembar. Tambahan lagi, POBC adalah efektif bagi menurunkan kadar Kecurian Kenderaan dan Kemalangan Jalan Raya. Akhir sekali, Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi mengucapkan terima kasih kepada ahli panel yang sudi mengambil bahagian dalam ‘VTREC FB Live’.

 

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid diiringi Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi, Puan Marlyana Mansur dan Encik Aniq Denial Fauzi menyampaikan plague kepada YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa

 

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid diiringi Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi, Puan Marlyana Mansur dan Encik Aniq Denial Fauzi menyampaikan plague kepada YBrs Tuan Norazman Nordin

 

 

Kiri: Puan Nur Jazlina Mohd Iszairi, Puan Marlyana Mansur, YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, YDH Supt Tuan Shankar Sanrakasa, YBrs Tuan Norazman Nordin, Encik Aniq Denial Fauzi diakhir acara ‘VTREC FB Live’