2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

VTREC Menyantuni Anggota PDRM di Pondok Polis Nu Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur

Pegawai-pegawai daripada Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) bergambar kenangan bersama anggota-angota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield yang bertugas di Pondok Polis Nu Sentral Shopping Mall, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur

 

Kuala Lumpur, 27 Mei 2024:  Kunjungan ramah mesra antara pihak Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) bersama anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di Pondok Polis Nu Sentral Shopping Mall yang berlokasi di Jalan Tun Sambathan, Brickfield telah berlansung dengan mesra.

Kunjungan mesra ini merupakan sebahagian expresi VTREC dalam menyantuni anggota-anggota PDRM yang bertugas di Pondok Polis Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan yang mana turut terletak berhampiran Pejabat Urusan VTREC.  Usaha murni ini dapat menjalin hubungan silaturahim yang baik antara pegawai-pegawai VTREC dan anggota-anggota PDRM serta potensi kerjasama yang boleh dimanfaatkan terutama dari aspek pencegahan jenayah termasuk jenayah kecurian kenderaan demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai setempat.  Pegawai VTREC yang hadir semasa sesi Kunjung Ramah Mesra tersebut telah diketuai oleh Puan Marlyana Mansur, turut sama hadir adalah Encik Aniq Denial Fauzi, Puan Nur Jazlina Iszairi dan Encik Farid Akmal Johan.  Terdahulu, YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC telah memulakan sesi ramah mesra dalam salam perkenalan bersama anggota-anggota PDRM yang bertugas di Pondok Polis Nu Sentral Shopping Mall yang sama.

 

Keramahan dan sikap professional yang dizahirkan oleh anggota-anggota PDRM semasa kunjungan mesra VTREC tersebut telah diterjemah dengan baik. Ia bukan sahaja memberi pendekatan PDRM yang lebih proaktif untuk mendampingi masyarakat setempat dan di kalangan orang ramai, bahkan berupaya menjadikan masyarakat “mata dan telinga” kepada PDRM bagi mengurangi persepsi ‘fear of crime’ dalam usaha mengurangi indek jenayah.  Ini bertepatan sekali dengan slogan “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”.