2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

JENAYAH CURI KENDERAAN MENURUN: hasil kerjasama pelbagai agensi dengan PDRM

BUKIT AMAN:  Statistik jenayah kecurian kenderaan di Malaysia merekod penurunan sepanjang 3 tahun yang lalu dari tahun 2016 sehingga tahun 2019.

Bilangan kehilangan motorsikal juga mencatat kesan positif dengan penurunan sebanyak 15% dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengurus Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC), Puan Mas Tina Abdul Hamid berkata, jumlah rekod motorsikal dicuri telah menurun daripada 31,577 kes pada tahun 2017 kepada 26,779 kes pada tahun 2018 iaitu sebanyak 15%.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Puan Mas Tina Abdul Hamid

Pengurus VTREC

menyampaikan taklimat

kecurian kenderaan.

 

Menurut Mas Tina, bilangan kes-kes curi kenderaan bagi kategori lain-lainnya seperti Kenderaan Persendirian dan Kenderaan Komersial telah menurun dari 8,482 kes kepada 7,413 kes dan dari 2,099 kes kepada 1,761 kes pada tahun 2018.

Katanya lagi, walaupun statistik merekod penurunan dipelbagai kategori namun motorsikal kekal menjadi kategori kenderaan paling banyak dicuri berbanding kategori yang lain.  Pada tahun lalu, sejumlah 35,953 seluruh kes telah direkodkan berbanding 42,158 kes pada tahun 2017, menyusut sebanyak 15%.

“Secara keseluruhan kecurian kenderaan telah menyaksikan penurunan dikesemua kategori dan diucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas kerjasama dan usaha berterusan bersama-sama agensi lain membanteras jenayah kecurian kenderaan di negara ini” katanya.

Beliau menyampaikan taklimat di Majlis ‘Soft Launch’ Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2019, dengan slogan “SAY NO TO VEHICLE THEFT”  yang berlansung di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur, yang dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Huzir bin Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM, hari ini.

Kempen tersebut dijalankan selama 2 bulan bermula hari ini dan akan berakhir pada 15 Ogos 2019.  Sepanjang kempen tersebut berjalan orang ramai diajak bersama-sama membanteras jenayah curi kenderaan dengan mengambil langkah-langkah bagi mengelak dari kenderaan mereka dicuri, selain itu pelbagai peraduan disediakan untuk dimenangi seperti #VTRECPledgeWall Contest,  #VTRECStickerSelfie Contest  dan #VTRECBoothSnap Contest, kuiz, pemburu cop pertandingan mewarna dan banyak lagi.