2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

VTREC pertingkat kesedaran awam kecurian kenderaan

 YDH CP Dato’ Huzir bin Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (tengah) bersama Encik Mohd Yusof bin Idris, Penasihat Kanan (kiri) dan Encik Mark Lim, Ketua Pegawai Eksekutif,PIAM (kanan) semasa Majlis Soft Launch “SAY NO TO VEHICLE THEFT” hari ini.

 

KUALA LUMPUR: Pada 26 Jun yang lalu, Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan inisiatif pertingkat kesedaran awam berkaitan kenderaan curi agar kadar kecurian kenderaan di negara ini dapat dibendung.

Majlis ‘Soft Launch’ Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan 2019 dengan slogan “SAY NO TO VEHICLE THEFT”telah dirasmikan YDH CP Dato’ Huzir bin Mohamed, Pengarah Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

YDH CP Dato’ Huzir bin Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyampaikan ucapan perasmiannya

 

“Memang tidak dapat dinafikan koloberasi dan jaringan kerjasama yang ditampilkan oleh pihak NGO seperti VTREC ini telah membantu pihak PDRM mengenalpasti kelemahan-kelemahan serta meningkatkan jaringan kerjasama yang strategik dalam usaha mencegah dan mendidik orang ramai dalam membasmi jenayah kecurian kenderaan daripada berlaku.”

 

Encik Mohd Yusof bin Idris, Penasihat Kanan VTREC menyampaikan kata-kata aluan

Huzir berkata, dalam aspek cabaran baru, tidak dapat dinafikan bahawa kecanggihan arus kemodenan serta peralatan teknologi masa kini telah merubah taktik dan modus operandi jenayah kecurian kenderaan.

“PDRM dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sangat optimis dan sentiasa memainkan peranan penting dalam menangani segala bentuk cabaran baru ini setanding dengan dunia era globalisasi ini” katanya.

Menurutnya lagi,  data Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), terdapat sejumlah 48,411 kes-kes kecurian kenderaan telah dilaporkan pada 2016,  42,158 kes bagi (2017), 35,953 kes bagi (2018) manakala sejumlah 12,710 kes dilaporkan sehingga (May 2019).

Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengurus VTREC menyampaikan taklimat dan statististik kecurian kenderaan

 

Callout “Saya Berikrar” or “I Pledge” diperakan oleh VTREC dan PDRM

Kempen kecurian kenderaan berlansung selama 2 bulan dengan pelbagai aktiviti, hashtag dan lain, orang ramai dijemput untuk bersama-sama memerangi jenayah kecurian kenderaan di samping berpeluang memasuki peraduan seperti peraduan #VTRECPledgeWall Contest,  #VTRECStickerSelfie Contest  dan #VTRECBoothSnap Contest, kuiz, pemburu stamp dan banyak lagi.