2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

KOLABORASI PELBAGAI AGENSI BERJAYA TURUNKAN JENAYAH CURI KENDERAAN SEBANYAK 37 PERATUS

Dari Kiri:  YBhg Dato’ Dell Akbar Khan (Timbalan President Eksekutif,  Malaysian Resources Corp. Bhd), Encik Mohamd Izaz Othman (Malaysian Takaful Association), Puan Mas Tina Abdul Hamid (Ko-ordinator VTREC), YDH DCP Dato’ Dev Kumar M M Sree (Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi)), Encik Antony Lee (Pengerusi, Persatuan Insurans Am Malaysia), Tuan Khairul Anwar Bachok (Pengarah Penguatkuasa JPJ),  YDH Tuan SAC Razimi Ahmad (Ketua Penolong Penagarah, JSJ D4), YBhg Dato’ Ooi Win Juat (Ketua Pemasaran dan Penasihat PUSAPKOM Sdn Bhd) dan Encik William Foo (Ketua Pegawai Eksekutif, Tune Insurance Malaysia Bhd)

 

KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2021:  Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan 2021 di NU Sentral Shopping Mall pada 8 April 2021.  Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YDH Dato’ Dev Kumar M M Sree (Timbalan Pengarah (Risikan /Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur dengan pematuhan SOP cegah Covid-19 yang amat ketat.

 

Dari kiri: Encik Antony Lee (Pengerusi PIAM), Tuan Khairul Anwar Bachok (Pengarah Penguatkuasa JPJ), YDH DCP Dato’ Dev Kumar M M Sree (Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Puan Mas Tina Abdul Hamid (Ko-ordinator VTREC), Encik Mohamed Sabri Ramli (Timbalan Pengerusi MTA dan YDH Tuan SAC Razimi Ahmad (Ketua Penolong Pengarah JSJ D4)

 

Tema Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan 2021 ini adalah “Lindungi Kenderaan Anda Daripada Dicuri” dengan memfokuskan peranan pemilik kenderaan untuk melindungi kenderaan masing-masing agar terhindar daripada dicuri serta pengubahan tingkah-laku mereka agar sentiasa waspada dan berhati-hati untuk sentiasa melindungi kenderaan sendiri.

Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021

 

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi yang dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), agensi-agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Malaysian Takaful Association (MTA), PUSPAKOM Sdn Bhd, syarikat-syarikat insurans, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Nu Sentral Management, Persatuan-persatuan Penduduk dan lain-lain. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan Bacaan Doa

 

Nyayian Lagu Negaraku oleh hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian

 

Bacaan Doa dan Pegawai-pegawai Pengacara Majlis

 

Tuan Khairul Anwar Bachok (Pengarah, Penguatkuasa JPJ) bersama sebagian daripada hadirin jemputan

 

Seterusnya Majlis menjemput Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC untuk menyampaikan Ucapan Alu-aluan.  Dii dalam ucapannya, Puan Mas Tina menyatakan bahawa jumlah kes kecurian kenderaan pada tahun 2020 telah menurun sebanyak 37% atau berkurangan sebanyak 4,275 kes mengikut rekod industri insurans. Pada tahun 2020 sebanyak 7,400 kes curi kenderaan telah dilaporkan manakala pada tahun 2019 sebanyak 11,675 buah kenderaan telah dicuri dilaporkan.  Kejayaan di dalam menangani kes-kes jenayah kecurian kenderaan di negara ini adalah hasil usaha dan kolaborasi pelbagai pihak terutamanya pihak PDRM, JPJ dan KASTAM serta pihak industri insurans.

 

Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC menyampaikan Ucapan Aluan

 

Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC menyatakan kejayaan penurunan kadar kecurian kenderaan di Malaysia

 

Puan Mas Tina di dalam ucapannya, sempena kempen ini yang bertemakan “Lindungi Kenderaan Anda Daripada Dicuri” mengajak orang ramai agar sentiasa berwaspada dan ambil peduli ke atas kenderaan masing-masing bagi mengelak kenderaan daripada dicuri.  Sebagai pemilik kenderaan, keselamatan kenderaan adalah tanggungjawab kita, kehilangan kenderaan boleh mendatangkan kesulitan kepada diri sendir dan juga keluarga.  Melindungi kenderaan bukan sahaja dapat mengurangi jenayah curi kenderaan bahkan dapat meningkatkan kesejahteraan kehidupan diri sendiri serta keluarga.

 

Encik Antony Lee, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

 

Puan Mas Tina menyarankan agar orang-ramai menggunakan kunci tambahan seperti kunci steering, memasang sistem penggera, sistem GPS atau mobilisor ke atas kenderaan masing dan pilihlah tempat yang selamat dan terang apabila memakir kenderaan.  Beliau juga memaklumkan bahawa kempen kesedaran awam ini akan turut diadakan di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti merekodkan kes-kes curi kenderaan yang tinggi.  Beliau berharap agar kes-kes curi kenderaan dapat terus diturunkan sekiranya setiap orang memainkan peranan dan menukar tingah-laku kepada awas dan waspada demi kesejahteraan masyarakat bersama.  Dengan menurunnya kes curi kenderaan maka kesejahteraan kehidupan masyarakat akan meningkat.

 

Sebahagian daripada hadirin jemputan

 

Sebahagian daripada hadirin jemputan

 

Di dalam ucapan beliau, Puan Mas Tina turut merakamkan ucapan terima kasih terutama kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di atas kerjasama erat di dalam menjayakan kempen kesedaran awam kecurian kenderaan ini.  Puan Mas Tina juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YDH Dato’ Dev Kumar M M Sree, Timbalan Pengarah (Risikan /Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah di atas kesudian beliau untuk merasmikan Majlis Pelancaran ini.  Tidak ketinggalan juga Puan Mas Tina mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung bagi menjayakan Kempen Kesedaran Awam tersebut.

YDH DCP Dato’ Dev Kumar M M Sree, Timbalan Pengarah (Risikan /Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Menyampaikan Ucaptama dan Ucapan Perasmian

 

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan Ucaptama dan Ucapan Perasmian oleh YDH DCP Dato’ Dev Kumar M M Sree, Timbalan Pengarah (Risikan /Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.  Di dalam ucapan beliau, YDH DCP Dato’ Dev Kumar merakamkan terima kasih dan syabas kepada VTREC kerana bekerjasama dengan PDRM dan agensi-agensi yang lain di dalam usaha mengurangkan kes-kes jenayah curi kenderaan.  Usaha VTREC sebagai sebuah NGO adalah inisiatif murni dan baik, ianya wajar dicontohi oleh pelbagai pihak di dalam kerjasama bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan berjaya menghasilkan impak keputusan yang berkesan .  Kempen Kesedaran Awam kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021 adalah contoh yang jelas peranan yang dimainkan oleh VTREC bersama ‘stakeholders’ di dalam memerangi jenayah curi kenderaan.  Kolaborasi yang utuh dan rapat mampu menjayakan usaha pengurangkan jumlah kadar jenayah di negara ini terutamanya jenayah curi kenderaan.

 

YDH DCP Dato’ Dev Kumar menyatakan bahawa sebanyak 21,578 kes curi kenderaan telah dilaporkan kepada PDRM pada tahun 2020

 

YDH DCP Dato’ Dev Kumar memaklumkan bahawa pada tahun 2020 sebanyak 21,578 kes curi kenderaan telah dilaporkan kepada PDRM, ianya menurun sebanyak 30% jika dibandingkan dengan tahun 2019 yang telah merekodkan sebayak 30,868 kes curi kenderaan.  Daripada jumlah itu, pecahan kes-kes mengikut jenis kenderaan adalah motokar 4,596 buah telah dicuri, motorsikal 16,057 buah telah dicuri dan 925 buah van dan kenderaan berah telah dicuri.  Rekod kes-kes curi kenderaan juga telah dilihat menunjukkan penuruanan saban tahun.

 

Encik Mohamed Sabri Ramli (Timbalan Pengerusi MTA) bersama sebagian hadirin jemputan

 

YDH DCP Dato’ Dev Kumar memberitahu bahawa semenjak tahun 2016 sebanyak 1,215 ahli sindiket telah ditangkap dan didakwa di bawah Crime Prevention Act (POCA) 1959.  Rekod tersebut tidak mengambil kira tangkapan-tangkapan dan dakwaan-dakwaan lain yang menjadikan rekod penangkapan dan pendakwaan kes curi kenderaan yang lebih besar.

 

Puan Mas Tina Abdul Hamid , Ko-ordinator VTREC serta hadirin jemputan

 

Di akhir ucapannya, YDH DCP Dato’ Dev Kumar melancarkan Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan 2021 dan berharap agar orang ramai bersama-sama turut serta dan melindungi kenderaan mereka.

Kemudian Majlis diteruskan dengan tontonan montaj “Lindungi Kenderaan Anda Daripada Dicuri” (Protect Your Vehicle from Theft”, seterusnya gimik pelancaran, penyampaian cenderahati dan lawatan ke booth-booth pameran.  Seterusnya YDH DCP Dato’ Dev Kumar di bawa ke ‘Awareness Wall’ untuk acara meletak mesej melindungi kenderaan dan mewarna ‘doodle’ kempen.  Majlis Perasmian kemudian dilanjutkan dengan sesi Sidang Media dan akhir sekali, hadirin jemputan dijemput untuk Jamuan Makan Tengahari.

Manakala, Sesi interaksi ‘engagement’ bersama orang ramai di dalam kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021 bermula sebaik sahaja Mjalis Perasmian selesai.  Pelbagai aktiviti disediakan dan diatur agar orang ramai dapat berikteraksi dan memberikan mesej-mesej melindungi kenderaan di ‘Dinding Kesedaran’ (Awareness Wall).

 

Gimik Pelancaran Majlis Kesederan Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021

 

Puan Afif Aliyana Abu Fitri (Pegawai VTREC) diiringi oleh  anggota-anggota PDRM sempena Gimik Pelancaran Majlis Kesederan Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021

 

Kunci mekanikal steering motokar sebagai  Gimik Pelancaran Majlis Kesederan Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021 diserahkan oleh Puan Mas Tina kepada YDH DCP Dato’ Dev Kumar bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran

 

Puan Mas Tina membantu YDH DCP Dato’ Dev Kumar menyempurkan pemasangan kunci mekanikal steering sebagai simbol melindungi kenderaan

 

PEMASANGAN KUNCI STEERING KERETA, MAJLIS PERASMIAN (dari kiri):  Puan Mas Tina Abdul Hamid (Ko-ordinator VTREC), YDH DCP Dato’ Dev Kumar M M Sree (Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Encik Antony Lee (Pengerusi PIAM), (baris belakang) Encik Mohamed Sabri Ramli (Timbalan Pengerusi MTA) and Tuan Khairul Anwar Bachok (Pengarah Penguatkuasa JPJ)

 

 Encik Antony Lee, Pengerusi PIAM menyampaikan cenderahati kepada  YDH DCP Dato’ Dev Kumar M M Sree (Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi)

 

Encik Antony Lee, Pengerusi PIAM menyampaikan cenderahati kepada  YDH Dato’ Dev Kumar M M Sree, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi

 

Puan Mas Tina mengiringi YDH DCP Dato’ Dev Kumar untuk lawatan ke booth-booth pameran

 

Booth Pameran – AIA Insurance Malaysia Berhad

 

Booth Pameran – Takaful Ikhlas General Berhad

 

Booth Pameran – Bank Simpanan Nasional

 

Booth Pameran – PUSPAKOM Sdn Bhd

 

Booth Pameran – Seng Heng Motors wakil penjual kenderaan terpakai

 

Booth Interaksi – Puan Mas Tina memberi penerangan berhubung interaksi dan partisipasi orang awam

 

 Booth Pameran – Infinity Truck Parts Trading wakil kepada syarikat peralatan dan alat ganti kenderaan

 

Booth Pameran – International Association of Auto Theft Investigators (IAATI)

 

Booth Pameran – My GPS Sdn Bhd mewakili syarikat sistem kunci dan sekuriti

 

 

Bergambar Kenangan di Selfie Photo Booth

Dari Kiri: Tuan Khairul Anwar Bachok (Pengarah Penguatkusa JPJ), YDH Dato’ Dev Kumar M M Sree Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Puan Mas Tina Abdul Hamid (Ko-ordinator VTREC), Encik Antony Lee (pengerusi PIAM) and Encik Mohamed Sabri Ramli (Timbalan Pengerusi MTA)

 

Acara meletakkan pesanan melindungi kenderaan oleh YDH DCP Dato’ Dev Kumar

 

Acara meletakkan pesanan melindungi kenderaan oleh YDH DCP Dato’ Dev Kumar

 

Acara mewarna ‘doddle’ melindungi kenderaan oleh YDH DCP Dato’ Dev Kumar

 

 Bergambar kenangan bersama wakil-wakil Persatuan Penduduk

 

Sesi sidang media bersama wartawan

 

 Sesi sidang media bersama wartawan – YDH DCP Dato’ Dev Kumar memberikan jawapan kepada soalan

 

Sesi sidang media bersama wartawan – YDH DCP Dato’ Dev Kumar memberikan penerangan

 

 Sesi sidang media bersama wartawan – Puan Mas Tina memberi penerangan kepada  pertanyaan

 

 Sesi sidang media bersama wartawan – Puan Mas Tina menjawab soalan-soalan yang diajukan 

 

 Foto-foto kandit Majlis Perasmian: