2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

KEMPEN KESEDARAN AWAM KECURIAN KENDERAAN PDRM-VTREC 2021 SEDIAKAN PELBAGAI AKTIVITI DAN PROGRAM MENARIK UNTUK PENGUNJUNG

Sesi ‘Pocket Talk’:  Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC memberikan taklimat berhubung kecurian kenderaan dan risikonya

KUALA LUMPUR, 8 April 2021:  Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan VTREC-PDRM 2021 yang dianjurkan oleh vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) dengan kerjsama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.  Acara tersebut telah diadakan di NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari sehingga 3.30 pratang hari ini,

Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC memberikan taklimat berhubung kecurian kenderaan

 

 Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC  memberi taklimat Top 10 – Kenderaan Paling Dicuri

 

 

Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC berkata pihak penganjur mensasarkan seramai mungkin pengunjung yang hadir pada hari berlansungnya program tersebut.  “Kami mengalu-alukan seramai mungkin orang ramai yang berdekatan untuk hadir ke acara ini memandangkan peranan melindungi kenderaan ini adalah tanggungjawab kita.”  Katanya lagi “Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah disediakan di sepanjang kempen ini berlansung antaranya ialah ‘Pocket Talk’, pertandingan mesej melindungi kenderaan di Dindingan Kesedaran (Awareness Wall), mewarna doodle, Lucky Claw dan pertandingan memasang kunci.  Selain itu terdapat juga booth-booth dari pihak insurance, PUSPAKOM Sdn Bhd, syarikat kereta, Persatuan Penyiasat Kenderaan Curi Antarabangsa, syarikat alat ganti dan syarikat  sistem GPS kenderaan.

Puan Mas Tina juga memaklumkan bahawa kempen ini akan turut dibawa ke kawasan-kawasan strategik yang dikenal pasti sebagai Kawasan merekodkan kes kecurian yang tinggi.

 

Sesi Pocket Talk: Dato’ Ooi Win Juat, Ketua Pemasaran and Penasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd memberikan taklimat

 

Dato’ Ooi Win Juat, Ketua Pemasaran and Penasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd memberikan taklimat berhubung pemalsuan nombor enjin dan nombor chasis, kedenraan klon dan keselamatan sesebuah kenderaan di tas jalan raya

 

 

Terdahulu di sebelah paginya Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan VTREC-PDRM 2021 telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Dev Kumar a/l M M Sree, Timbalan Pengarah Jabatan Sisatan jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman.  Turut hadir sama YBhg Dato’ Dell Akbar Khan (Timbalan President Eksekutif,  Malaysian Resources Corp. Bhd), Encik Mohamd Izaz Othman (Malaysian Takaful Association), Encik Antony Lee (Pengerusi, Persatuan Insurans Am Malaysia), Tuan Khairul Anwar Bachok (Pengarah Penguatkuasa JPJ),  YDH Tuan SAC Razimi Ahmad (Ketua Penolong Penagarah, JSJ D4), YBhg Dato’ Ooi Win Juat (Ketua Pemasaran dan Penasihat PUSAPKOM Sdn Bhd) dan Encik William Foo (Ketua Pegawai Eksekutif, Tune Insurance Malaysia Bhd) dan para jemputan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi bukan persatuan penduduk dan ramai lagi.

 

 

 

Ko-ordinator VTREC, Puan Mas Tina Andul Hamid menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Ko-ordinator VTREC, Puan Mas Tina Andul Hamid menyampaikan hadiah kepada para pemenang

 

 Ko-ordinator VTREC, Puan Mas Tina Andul Hamid menyampaikan hadiah kepada para pemenang

 

Ko-ordinator VTREC, Puan Mas Tina Andul Hamid bersama para pemenang