2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

Nota Ringkas Pengerusi Sempena Ulangtahun ke-14 Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) pada 30 April 2021

Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita diberi peluang untuk menyambut ulangtahun VTREC yang ke- 14.

Seperti mana yang kita sedia maklum, pada 30 April 2021 dalam sedar mahupun tidak VTREC telah mencecah ulangtahun yang ke 14.  Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pengarah VTREC, Ko-ordinator dan seluruh warga VTREC serta ‘stakeholder’ lainnya yang bekerja keras mengembleng tenaga di dalam merealisasikan misi dan objektif VTREC.  Ulangtahun ke-14 ini menginteprestasikan dan menjadi saksi kepada pelbagai kejayaan inisiatif VTREC dan kolaborasi bersama ‘stakeholders’ selama 14 tahun di dalam misinya untuk menurunkan kadar kecurian kenderaan di Malaysia.

VTREC mula ditubuhkan pada 30 April 2007.  Sepanjang tempoh 14 tahun ini VTREC sentiasa komited merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif samada jangka pendek atau jangka panjang, termasuk kempen-kempen kesedaran awam kecurian kenderaan dengan objektif menurunkan kadar kecurian kenderaan.  Walaupun berdepan detik sukar dengan ujian penularan pandemic COVID-19 serta ketidaktentuan ekonomi diseluruh dunia termasuk Malaysia bermula tahun 2020, namun VTREC terus komited menggerakkan peranannya agar orang ramai dapat mengelak dari kehilangan kenderaan ternyata memberikan impak positif.  Terdapat sebanyak 21,578 kes kecurian kenderaan yang dilaporkan pada tahun 2020 berbanding 30,868 kes pada tahun 2019, menunjukkan penurunan keseluruhan sebanyak 30%.  Jumlah tersebut melibatkan kecurian 4,596 motokar, 16,057 motosikal dan 925 kenderaan komersial.  Jumlah kecurian kenderaan ini telah menurun berikutan kerjasama erat VTREC, PDRM dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan lain.  Semenjak 5 tahun kebelakangan ini, VTREC telah menyaksikan transaksi penguncupan ke atas kadar jenayah kecurian kenderaan di Malaysia dan  komited untuk terus membawa penurunan ke atas kadar kecurian kenderaan ini.

Di akhir kata, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah, Ko-ordinator dan seluruh warga VTREC yang masih bersama atau yang terdahulu.  Jasa anda adalah besar kepada VTREC kerana telah mencurahkan usaha dan tenaga demi kejayaan VTREC dalam menurunkan kadar kecurian kenderaan ini.  Kolaborasi erat yang ditampilkan dikalangan ‘stakeholders’ adalah kunci kejayaan VTREC.  Kejayaan VTREC hari ini adalah langkah awal kepada VTREC untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif lain ke arah menurunkan kadar kecurian kenderaan dan meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan orang ramai.  Kami mengharapkan sokongan dan doa daripada semua untuk kita terus menuju kehadapan di dalam membanteras kegiatan curi kenderaan di negara ini.

Sekian.  Terima kasih.

CP Datuk Huzir Mohamed

Pengerusi VTREC